fbpx

Heliza Helmi selamat nikahi Datuk Seri

1 JAN: Penyanyi Heliza Helmi, 35, melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 10 pagi, hari ini.

Khabar mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini menerusi satu muat naik foto pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan…Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar di ruang kapsyen foto berkenaan.

Difahamkan, suami kepada Heliza ialah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles