fbpx

KKM kaji beri dos penggalak keempat

1 JAN: Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat kepada penduduk di negara ini

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

“Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

KHAIRY

“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

“Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya kepada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain, semalam mendedahkan bahawa suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

Sementara itu, dalam sidang akhbar sama, Khairy turut memberitahu, dua lagi kes COVID-19 disahkan varian Omicron dikesan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan varian itu 64 kes ketika ini.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, 63 kes varian berkenaan melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan.

“Daripada 64 kes jangkitan COVID-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles