fbpx

Pengeluaran tambahan KWSP beri impak negatif kepada pencarum

31 DIS: Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi impak negatif kepada pencarum pada masa hadapan.

Menurutnya, rata-rata ahli telah mengeluarkan sebanyak RM21,000 sehingga RM71,000 melalui inisiatif khas termasuk i-Lestari dan i-Sinar sejak tahun lepas.

“Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku, iaitu pandemik global yang turut melanda negara.

“Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TENGKU ZAFRUL

Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhan, lebih tujuh juta pencarum yang telah mengeluarkan wang melalui KWSP.

Menurutnya, lebih kurang 74 peratus pencarum yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam akaun KWSP mereka adalah golongan bumiputra.

“Lebih membimbangkan lagi, 79 peratus daripada golongan ini mempunyai simpanan kurang dari RM1,000.

“Kalau betul beberapa pihak ingin memperjuangkan nasib bumiputra, terutamanya orang Melayu, walaupun dah tahu ramai yang sudah tidak mempunyai cukup simpanan, apakah niat dan tujuan sebenar memperjuangkan pengeluaran tambahan?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KWSP juga memainkan peranan penting di pasaran saham dan bon tempatan untuk menjana pulangan dividen kepada ahli dan menyediakan kecairan bagi kedua-dua pasaran berkenaan.

Jelasnya, sekiranya pengeluaran ini dibenarkan lagi, KWSP terpaksa menjual pegangan saham dan bon mereka di luar dan dalam negara secara besar-besaran dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, memberhentikan pelaburan di dalam negara untuk tempoh tiga hingga enam bulan dan mengurangkan penyertaan dalam pasaran domestik buat sementara waktu.

“Langkah ini akan memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan kerana peranan KWSP sebagai penyedia kecairan juga akan terjejas, selain mengekang keupayaan KWSP untuk menjana pulangan dividen,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles