fbpx

Kerajaan telah salur lebih RM39 juta BWI

6 JAN: Lebih RM39 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Beliau berkata, setiap penerima dimaklumkan tarikh dan tempat janji temu bagi pemberian bantuan tersebut.

“Bantuan ini kita serahkan setiap hari, malah jika ada yang tidak hadir ke pusat pemberian bantuan, kami akan pergi cari mereka,” katanya kepada media ketika meninjau proses pemberian BWI di Balai Raya Kampung Lombong di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd Faizal Abd Raji berkata, pengagihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan kepada penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terjejas banjir, akan selesai dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, kita telah mengagihkan bantuan itu kepada lebih 90 keluarga dan fasa pemberian seterusnya akan dibuat di Dewan Azalea (Taman Sri Muda) pada Isnin ini dan 17 Januari,” katanya.

Menurutnya, sehingga Rabu, 2,304 ketua isi rumah telah menerima bantuan tunai daripada kerajaan negeri dan Persekutuan berjumlah RM2,000 seorang.

Mohd Faizal menjangkakan seramai 4,500 orang akan menerima bantuan yang sama hujung minggu ini. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles