fbpx

Korea Utara berjaya uji peluru berpandu hipersonik

6 JAN: Korea Utara mendakwa berjaya melancarkan peluru berpandu hipersonik, ujian kedua sejak kali pertama melakukannya tahun lalu, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Peluru berpandu itu, yang dilancarkan oleh Akademi Sains Pertahanan semalam, bergerak sejauh 120 kilometer (km) ke sisi sebelum ia tepat mengenai sasaran sejauh 700km.

Pengesahan itu dibuat selepas Jepun mendakwa Korea Utara didakwa melepaskan peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya.

“Kejayaan berturut-turut dalam pelancaran ujian dalam sektor peluru berpandu hipersonik mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas memodenkan angkatan bersenjata strategik negara,” tambahnya.

Kebolehpercayaan sistem bahan api ketika keadaan cuaca musim sejuk juga telah disahkan, kata laporan itu.

Pelancaran itu adalah bedilan ujian kedua peluru berpandu hipersonik yang disahkan oleh Korea Utara selepas negara itu melancarkan Hwasong-8 pada September tahun lalu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles