fbpx

Kerajaan tangguh umrah selama sebulan

6 JAN: Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu diambil untuk memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara terbabit, sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.

“Kita akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan sekarang kerana terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron,” katanya pada sidang media di Parlimen, di ibu negara, hari ini.

Sementara itu Khairy berkata, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi dengan kapasiti lebih besar akan mula beroperasi di Lembah Klang bermula 15 Januari ini bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi dos penggalak.

Empat PPV integrasi itu, katanya ialah PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV IDCC, Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

“Ini akan meningkatkan pemberian dos penggalak di Lembah Klang dan jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, kita akan perluaskan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles