fbpx

Kes jangkitan COVID-19 seluruh dunia lepasi 300 juta kes

7 JAN: Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 300 juta jangkitan.

Ia disahkah Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan di Universiti Johns Hopkins.

Berdasarkan laporan Xinhua, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 58,449,898 kes dengan 833,957 kematian, yang mana kedua-duanya adalah angka tertinggi di dunia.

Jumlah itu sekali gus menyumbang 19 peratus daripada kes global dan 15 peratus kematian global, yang kini semakin menghampiri 5.5 juta mangsa.

Jumlah kes di seluruh dunia mencapai 100 juta pada 26 Januari 2021 sebelum meningkat kepada 200 juta pada Ogos lalu.

Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria van Kerkhove, berkata program vaksinasi berhasil membantu menentang semua varian yang ada.

Selain itu, katanya, vaksin juga disifatkan sangat berkesan bagi menentang jangkitan serius dan kematian.

“Saya fikir adalah penting bagi masyarakat untuk mengetahui bahawa apabila sudah sampai masanya, sila ambil vaksin kerana ia sangat penting,” katanya. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles