fbpx

Pemilik kucing ganggu rumah jiran boleh didenda

KUALA LUMPUR, 13 Jan : Pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab dengan mengganggu jiran termasuk membuang air besar boleh didenda RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Utusan Malaysia dalam laporannya berkata, berdasarkan hantaran Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), perbuatan itu boleh dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu’.

Hantaran tersebut memperincikan akta-akta yang menetapkan kesalahan bagi pemilik kucing terlibat.

Pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab boleh didenda sehingga RM1,000. -Gambar hiasan

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi. 

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” katanya.

Seseorang jiran berhak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman dengan hukuman denda yang dikenakan boleh sehingga RM1,000.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles