fbpx

4 PPV Integrasi dibuka mulai esok

14 JAN: Orang ramai boleh mendapatkan dos penggalak di empat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang yang akan dibuka kepada orang ramai mulai esok.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, berkata empat lokasi PPV Integrasi tersebut ialah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan dibuka mulai 9 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyatakan pihaknya menyasarkan 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan.

Selain itu, katanya, negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Pembukaan PPV Integrasi itu juga, katanya adalah untuk mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles