fbpx

1,900 pelanggan klinik swasta di Marang tipu suntikan COVID-19

20 JAN: Kira-kira 1,900 pelanggan sebuah klinik swasta di Marang yang didakwa menjual sijil vaksinasi palsu adalah golongan antivaksin dan tidak menerima sebarang suntikan COVID-19.

Malah, ada segelintir mendakwa menggunakan suntikan air suling dan air garam sebagai helah bagi membuktikan pengambilan vaksin COVID-19 mereka adalah secara sah. 

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, hasil siasatan mendapati kurang daripada 10 daripadanya yang dikesan mendapatkan suntikan berbayar berkenaan secara sahih. 

Sehubungan itu, katanya, status MySejahtera kesemua pelanggan yang pernah berurusan dengan klinik swasta berkenaan kini disekat oleh Kementerian Kesihatan dan tidak lagi berfungsi. 

“Setakat ini, boleh dikatakan kesemua yang berurusan dengan klinik swasta itu tidak mengambil vaksin dan mereka termasuk yang berkhidmat di sektor kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta orang perseorangan. 

“Di samping itu, kita turut mengesan sebanyak 1,223 butiran pelanggan telah dihantar kepada pihak vendor vaksin bagi dikemas kini status MySejahtera mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Rohaimi berkata, polis turut menerima maklumat daripada majikan yang mengesyaki kakitangan mereka terlibat dalam pembelian sijil vaksinasi COVID-19 palsu itu dan tindakan dalaman bakal diambil. 

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 23 individu sudah diambil keterangan dan kesemua mereka mengakui membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. 

“Daripada 23 individu itu, 18 daripadanya  mengakui status MySejahtera mereka tidak dikemas kini, namun, hanya dua orang yang membuat aduan ditipu,” katanya. 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles