Beli pakej Mi sotong berulat RM30

Pada Khamis lalu, muncul satu video tular melibatkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.

Menurut pemilik akaun TikTok Mexsimustakasima33, dia mendakwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya.

Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari kejadian.Video itu yang dikongsi ke aplikasi TikTok pada Khamis meraih lebih 3.6 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.Ekoran tular kes berkenaan, PPj turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan ke atas gerai tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing berkaitan kes tular berkenaan.

Selain menggesa peniaga bazar Ramadan menjaga kebersihan serta mutu makanan, ada yang turut membuat spekulasi kononnya kes tersebut ada kaitan dengan unsur mistik.

“Kadang-kadang masa beli kau tengok semua okey. Lepas balik ada ulat. Sihir kedai pun boleh jadi.

“Kalau dia dah lama berniaga dan tiada masalah, tiba-tiba berulat kali ni… macam pelik pula.

“Macam mana (makanan) panas-panas boleh ada ulat ek?

“Saya rasa ulat tu dalam sotong. Mungkin ulat tu daripada cili jeruk,” tulis beberapa netizen. – lapor Mstar

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles