fbpx

Salah tafsir punca Evali rugikan masyarakat nak berhenti merokok

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2022 – Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Food and Drug Administration (FDA), pihak berkuasa di America Syarikat (AS), kes kerosakkan paru-paru akibat EVALI adalah berpunca daripada penggunaan kandungan terlarang yang terdapat di dalam cecair seperti tetrahydrocannabinol (THC) iaitu minyak ganja yang mengandungi Vitamin E asetat (yang digunakan untuk memekatkan campuran e-jus vape).

Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Pengerusi Malaysia Society For Harm Reduction dan juga Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti dan Ekonomi Kesihatan daripada Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ramai pihak termasuk komuniti kesihatan di negara ini telah menyalah tafsir punca sebenar EVALI yang sebelum ini dilaporkan di AS dan menyebarkannya maklumat tersebut secara salah.

Prof Dr Sharifa Ezat berkata, “Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai penyelidik mahupun individu yang berada dalam bidang kesihatan dan sains, taksiran harus dibuat berdasarkan fakta dan bukti. Sejarah pesakit sangat penting. Contohnya jika pengguna vape turut menggunakan bahan bahan terlarang lain dalam vape mereka, sejarah merokok yang lama, dan komorbiditi lain yang turut menyumbang ke kerosakan paru-paru”

“Jika kita melihat fakta daripada pihak berkuasa AS, kes yang berlaku sehingga 18 Februari 2020[1] adalah 2,807 kes kecederaan paru-paru berkaitkan kes EVALI yang akhirnya mengakibatkan 68 kematian di 30 negeri.”

“Dari 2,022 pesakit yang dirawat di hospital, 82% daripada pesakit dilaporkan menggunakan produk yang mengandungi bahan terlarang iaitu THC yang mengandungi Vitamin E asetat. Pihak berkuasa di AS telah mengaitkan kes EVALI tersebut dengan perkara ini dan ini adalah fakta yang telah diabaikan oleh ramai pihak,” katanya.

“Vitamin E banyak digunakan dalam makanan dan digunakan dalam bidang kosmetik. Ia selamat digunakan dengan cara sapuan ke kulit namun ia bukan untuk inhalasi dalam ruang paru-paru,” katanya.

Katanya, EVALI setakat ini hanya dilaporkan berlaku di AS pada masa itu dan tiada lagi kes dilaporkan selepas itu. Malah juga tiada laporan di negara lain. Maklumat yang menyeluruh perlu dinilai dengan teliti atau membuat keputusan yang berat sebelah. Untuk mereka yang tidak merokok atau telah berjaya berhenti merokok dengan jaya, maka tiada keperluan mereka mula mengguna vape.

EVALI terjadi kerana penguatkuasaan AS mengenai penggunaan vape adalah sangat rendah, dan tersilap dalam polisi yang tiada kawalan ketat sehingga memudahkan remaja mereka menggunakan vape sewenang-wenangnya. Kesan negatifnya juga termasuk memudahkan penyalahgunaan bahan dadah dalam vape mereka. Selepas insiden tersebut, perundangan di AS telah diketatkan sekarang dan penguatkuasaan juga dipertingkatkan supaya tiada perisa (flavour) dibenarkan sewenang-wenangnya. Tegasnya, vape bukan untuk mereka yang tidak pernah merokok atau remaja.

Tidak dinafikan penggunaan vape, turut memberi kesan kesihatan kepada penggunanya tetapi jika dibandingkan dengan rokok tembakau (yang melibatkan pembakaran), risikonya adalah lebih rendah, kerana vape tidak menghasilkan pembakaran, asap seperti rokok yang melibatkan beribu-ribu bahan kimia dan karbon monoksida. Beberapa kajian luar negara juga menunjukkan bahawa ketagihan rokok tembakau, apabila dicampur dengan bahan-bahan kimia rokok tembakau yang banyak, apabila dibakar akan meningkatkan penagihan tembakau yang teruk dan lebih sukar untuk pulih dari penagihan tersebut.

Sekiranya penggunaan vape digunakan mengikut piawai yang betul tanpa sebarang penyalahgunaan dalam cecair seperti ke yang berlaku di AS, ia dapat memberi manfaat kepada pengguna terutamanya perokok tegar untuk berhenti merokok. Sebagai contoh, standard ketat oleh Eropah, Canada dan UK, di mana cecair vape perlu melalui saringan ketat dalam makmal-makmal bebas dan ditauliah oleh kerajaan masing-masing dan buktinya tiada kes EVALI di negara tersebut. Malah terdapat bukti dan kajian menunjukkan kadar merokok di negara tersebut telah menurun.

Dalam pada itu, Prof. Sharifa Ezat juga memberitahu tiada kes EVALI dikesan atau dilaporkan di negara lain ataupun Malaysia yang berpunca dari pengunaan vape secara ‘normal’. Mungkin ini akibat kurangnya surveillans, tetapi juga kerana tiada sejarah pesakit yang tepat, termasuk sejarah merokok yang kronik. Beliau berpendapat, sekiranya vape dibenarkan penggunaannya terutamanya kepada perokok tegar, ia mampu memberikan manfaat dari segi pengurangan kemudaratan tembakau dan menurunkan populasi perokok tegar. Ini sejajar dengan kemajuan negara maju lain seperti New Zealand, Jepun, UK yang telah mencatat penurunan prevalens perokok tegar dan perokok beralih ke vape yang rendah risiko. Bagaimanapun, seperti di UK, masih perlu ada langkah lagi kepada pengguna vape, supaya mereka menerima nasihat penggunaan betul dan akhirnya mereka turut berhenti dari mengguna nikotin di dalam vape.

“Berdasarkan anggaran, kadar perokok di Malaysia akan mencatat penurunan dari 4.88 juta pada tahun 2019 ke 4 juta pada tahun 2025[2] kerana pelbagai sebab termasuk penggunaan vape untuk perokok berhenti merokok. Statistik ini adalah sejajar dengan statistik beberapa negara yang membenarkan penguatkuasaan vape yang diguna sebagai salah satu terapi mengurangkan risiko tembakau, selain NRT. Ia adalah fakta yang tidak dapat dinafikan kerana pada masa ini semakin ramai perokok telah cuba bertukar kepada penggunaan vape di Malaysia untuk berhenti merokok tetapi ia perlu pengawasan dan kawalan,” katanya.


[1] Centers for Disease Control and Prevention, https://www.cdc.gov/tobacco/basic_information/e-cigarettes/severe-lung-disease.html

[2] Clearing the Smoke: Tobacco Harm Reduction, DARE (Datametrics Research & Information Centre), https://focusmalaysia.my/dare-vape-can-help-reduce-smoking-prevalence-save-rm1-3-bil-in-treatment-cost/

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles