Metrasquare Melaka giat jadi destinasi popular

MELAKA, 24 June 2022–Melaka Trade Square (Metrasquare), sebuah hab komersial terletak di Ayer Keroh, Melaka, kini giat menjadi destinasi popular bagi komersial, pekerjaan, hiburan dan kesenian dengan pembukaan tiga outlet baharu.

Kedai-kedai baharu yang bakal dibuka menjelang penghujung 2022 adalah Regus, ruang kerja fleksibel pertama di Melaka; pusat kesihatan SHENGLIFE Sdn Bhd dan Cahaya Suria Confinement Centre.

Salah satu tarikan Metrasquare adalah Galeri Budaya Cheng Ho di STI Experiantal Centre yang sebelum ini terlatak di Jonker Street. Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing telah membuat lawatan ke galeri yang mempamerkan kehidupan Zheng He dan pelayarannya dua minggu lalu.

Selain itu, Straits Designers’ Gallery oleh Sheng Tai International kini berada di Metrasquare. Galeri ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk membentuk semula Melaka menjadi ‘hab kreatif’ dan budaya masa depan melalui hartanahnya. Berukuran 5,500 kaki persegi, Straits Designers’ Gallery mempamerkan lebih 60 koleksi ‘sedia dipakai’ terbaru, kasut, bag tangan dan aksesori terbaru pereka tempatan.

Outlet lain yang dibuka termasuklah Uncle’ K’ Kopitiam, ‘Q’ Bistro, OldTown White Coffee dan Assam House.

Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International Sdn Bhd iaitu pemaju dan pemilik Metrasquare, berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan jenama-jenama terkenal ke Metrasquare kami yang berkualiti tinggi dan memiliki penyewa yang pelbagai.

“Penambahan baharu ini menggambarkan komitmen kami untuk mengukuhkan negeri Melaka daripada segi kedudukan ekonomi, dengan menyediakan peluang pekerjaan selain menggalakkan keusahawanan tempatan.”

“Di samping itu, ia adalah contoh bagaimana kejayaan pemulihan dan penyegaran semula projek pembangunan yang terbengkalai, menjadi penyumbang ekonomi menerusi daya komersial,’’ ujar Dato’ Leong.

Metrasquare merupakan projek terbengkalai di bawah Plentifield Marketing, yang mana telah diambil alih oleh Sheng Tai International pada  tahun 2017 bagi membangunkan Metrasquare. Bagaimanapun, pemaju sebelum ini hanya menyiapkan separuh dan meninggalkan projek itu.

Sheng Tai International mengambil alih dan menghidupkan semula projek tersebut, dari menyelesaikan semua hutang tertunggak dan skim Jaminan Pulangan Sewa (GRR) kepada pelabur awal sehingga menyusun semula strategi pelan induk Metrasquare.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles