fbpx

Tiada duit beli rumah? Pembeli boleh bayar guna tembikai, bawang putih

BEIJING: Gara-gara pasaran hartanah yang semakin suram, sejumlah syarikat hartanah kini menerima pembayaran dalam bentuk tembikai, buah pic, dan lain-lain hasil pertanian.

Pasaran hartanah China terjejas teruk akibat kelembapan ekonomi manakala krisis hutang susulan keputusan kerajaan  menyekat pengambilan wang pendahuluan sebelum sesuatu projek pembinaan bermula memburukkan lagi keadaan semasa.

Sebuah syarikat pembangunan di timur bandar Nanjing berkata, syarikatnya menerima sebuah lori yang sarat dengan buah tembikai daripada para petani tempatan. Nilai tembikai dalam lori berkenaan dianggarkan bernilai  100,000 yuan (RM65,798).

Di sebuah  bandar berdekatan,  Wuxi, sebuah syarikat hartanah turut menerima buah pic sebagai bayaran.

Para pembeli rumah di pekan Qi, wilayah Henan yang terkenal sebagai wilayah utama perladangan bawang putih,  juga dibenarkan menukar hasil tanaman mereka dengan harga tiga kali ganda berbanding nilai pasaran untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan rumah masing-masing.

Menerima hasil pertanian pada harga tinggi telah memberikan peluang kepada syarikat hartanah untuk memberi diskaun lebih tinggi di sebalik tidak tentuan pasaran hartanah kini.

SEORANG penjual melihat wang kertas sambil berbaring di atas timbunan tembikai di Qi, China. – Gambar hiasan

 “Dalam musim menuai bawang putih baru-baru ini, keputusan syarikat menerima hasil tani banyak membantu petani di pekan Qi.

“Secara tidak langsung kami juga membantu petani dan memudahkan mereka memiliki kediaman sendiri,” kata pihak pengurusan pembina hartanah di China Tengah baru-baru ini.

Kata mereka, sebanyak 30 hartanah terjual sejak kempen bawah putih diperkenalkan.

Jualan rumah di China diukur berdasarkan keluasan lantai namun jualannya telah merosot sebanyak 11 bulan berturut-turut malah ada antaranya menyusut sehingga 31.5 peratus pada Mei berbanding tempoh  sama tahun lalu, demikian menurut data rasmi. – Agensi

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles