fbpx

Budak enam tahun jadi korban Harimau bintang

4 JULAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India menjadi korban terbaharu serangan harimau bintang, lapor akhbar The Sun.

Haiwan itu menyeretnya keluar dari kawasan rumah di kampung Gopalpora, selatan Kashmir dan dia ditemui mati selepas keluarganya mendengar jeritan dan tangisan mangsa yang meminta tolong.

Dia merupakan kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat serangan harimau bintang dalam tempoh kurang sebulan. Tiga kanak-kanak lain turut terbunuh di utara wilayah itu sebelum ini.

Abang kepada mangsa dilaporkan turut diserang oleh harimau bintang sebulan sebelumnya, namun berjaya melarikan diri.

Mangsa sedang bermain di luar rumahnya pada Jumaat lalu apabila harimau bintang itu menyerangnya. Haiwan itu menerkam dan menyeret Jan ketika mangsa menjerit meminta tolong.

Penduduk tempatan yang mencari kanak-kanak itu dalam keadaan gelap telah menemui mangsa yang telah meninggal dunia akibat kecederaan selepas 30 minit.

Penduduk kampung kini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memburu haiwan itu. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles