fbpx

Kerja 4 hari seminggu tidak sesuai – CUEPACS

4 JULAI: Waktu bekerja empat hari seminggu tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia buat masa ini dan sebaiknya kerajaan menumpukan usaha menangani isu kebajikan penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat, berkata CUEPACS berpandangan kerajaan hanya merugikan sumber dan membuang masa jika berhasrat membuat kajian kebolehlaksanaan berkenaan perkara itu.

“Sumber dan masa yang perlu digunakan oleh kerajaan untuk mengkaji kebolehlaksanaan empat hari bekerja seminggu itu sepatutnya digunakan untuk ‘merawat’ situasi semasa yang membelenggu penjawat awam yang terkesan dengan isu gaji rendah serta hal kebajikan lain.

“Tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.

Kajian itu antara lain akan melihat bidang mana dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian untuk pelaksanaan tempoh masa kerja berkenaan dan jumlah waktu bekerja dalam sehari.

Sementara itu, Adnan berkata, mengambil contoh dalam perkhidmatan awam, banyak perkara yang sudah diumumkan kerajaan untuk penjawat awam tetapi pelaksanaannya masih tidak dibuat.

Katanya, antara perkara itu ialah pelaksanaan gaji minimum melalui sistem saraan baharu, penebusan awal gantian cuti rehat dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang dipendekkan sebelum ini.

“Dengan kos sara hidup semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan kebajikan warga penjawat awam perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Pada masa sama, Adnan meminta semua warga perkhidmatan awam mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing dan tidak hilang fokus dalam menghadapi isu pelaksanaan empat hari bekerja seminggu ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles