fbpx

8 pelacur ditangkap bersama 564 keping kondom pada malam Aidiladha

KUALA LUMPUR – Tatkala umat Islam menghayati dan menginsafi sambutan Aidiladha, beberapa buah pusat persundalan di ibu negaa rancak dengan tawar menawar seks.

Susulan itu, seramai 25 warga asing termasuk lapan orang pelacur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Tun HS Lee di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, dalam serbuan tersebut, seramai 25 orang bukan warganegara terdiri daripada enam orang penjaga premis, lapan pelacur serta 11 pelanggan berusia antara 21 hingga 54 tahun telah diperiksa.

Noor Dellhan

“Hasil kejayaan serbuan tersebut telah merampas wang tunai berjumlah RM900, kondom (564), gulung tisu (108), buku catatan aktiviti pelacuran (10) serta lapan botol minyak pelincir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SEKUMPULAN wantita warga (gambar kiri) asing dithan dalam satu operasi kerana dipercayai melakukan aktiviti persundalan manakala (gambar kiri) ialah sebahagian bahan rampasan termasuk buku nota, kondom, pelincir dan sejumlah wang tunai.

“Kejayaan tangkapan it u adalah susulan intipan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah melakukan serbuan ke atas premis itu pada pukul 6.30 petang.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis hadapan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis memohon kerjasama daripada orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti pelacuran di daerah Dang Wangi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles