fbpx

Netizen ‘panas’ isu klip video wanita bertudung hina Islam di kelab

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang wanita bertudung yang mendakwa hafaz 15 juzuk al-Quran menanggalkan pakaiannya dan hanya tinggal pakaian mencolok mata tular di media sosial hingga mendapat pelbagai komen netizen.

Video berdurasi 54 saat itu yang menyentuh sensitiviti agama Islam membuatkan netizen mahu tindakan diambil terhadap pelaku.

Susulan itu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan siasatan awal terhadap klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

“Siasatan awal telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ajib berkata, bahawa JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles