fbpx

Populasi EU menurun akibat COVID-19

KESATUAN EROPAH – Populasi Kesatuan Eropah (EU) menyusut untuk tahun kedua berturut-turut tahun lalu yang turut disumbangkan daripada lebih dua juta kematian akibat COVID-19.

Pejabat perangkaan blok itu, Eurostat, berkata populasi 27 negara yang membentuk blok itu menurun hampir 172,000 berbanding tahun sebelumnya dan melebihi 656,000 sejak Januari 2020.

“Pada 2020 dan 2021, penghijrahan bersih positif tidak lagi mengimbangi perubahan negatif semula jadi di EU dan akibatnya, jumlah populasi EU berkurangan,” katanya sambil merujuk kesan daripada wabak COVID-19.

Jumlah kematian mula mengatasi bilangan kelahiran di EU bagi tempoh sedekad lalu, namun migrasi dari luar blok membantu mengimbangi jurang sehingga tahun pertama wabak itu.

Sebelum ini, EU pernah mencatatkan penurunan populasi pada 2011 dan ia kali terakhir berlaku sejak 1960. Namun, ia dapat diatasi dengan pantas disebabkan migrasi bersih.

Mengambil kira pandemik, populasi penduduk berusia dan kadar kesuburan yang agak rendah, Eurostat berkata kematian akan terus melebihi kadar kelahiran pada tahun akan datang.

“Sekiranya ini berlaku, penurunan atau pertumbuhan populasi keseluruhan EU pada masa hadapan mungkin bergantung kepada sumbangan dibuat oleh penghijrahan bersih,” katanya.

Walaupun Itali, Poland dan Romania mencatatkan penurunan populasi terbesar, lebih separuh negara anggota EU menyaksikan populasi mereka meningkat didahului Perancis, Belanda dan Sweden.

Mengikut statistik Eurostat, terdapat 446.8 juta penduduk tinggal di EU pada Januari 2022. – REUTERS

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles