fbpx

Untung Azizan, dapat saham pahala haji

KUALA LUMPUR – Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya mengajar ilmu perniagaan malah soal ibadah kepada anak-anak didiknya yang kebanyakan beragama Islam.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, beliau yang ketika ini berada di Tanah Suci mengikuti rombongan Mutiara Travel and Tours yang kebetulan terdapat beberapa orang usahawan di bawah bimbingan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. itu.

“Untung Azizan, selain dapat pahala ajar bisnes, nampak gayanya banyak juga saham pahala ibadah haji bakal diperolehinya.

“Allah pertemukan saya dengan beberapa orang murid beliau, ada yang dalam rombongan bersama dan ada datang dengan travel lain. Tapi semuanya menyebut, ‘Doc pesan kepada kami buat haji!’,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook, semalam.

Tambahnya, semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

“Saya perasan, ada beberapa persamaan yang ada pada mereka (anak-anak murid Azizan) ini.

“Pertama, pandai bisnes; mudah mesra dengan sesiapa sahaja; suka berbuat kebaikan terutamanya bersedekah dan senyumannya manis,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga mengucapkan tahniah kepada mentor usahawan itu dan moga terus berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang barakah.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles