fbpx

Wanita hina Islam didakwa esok

KUALA LUMPUR: Wanita yang menghina agama Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini akan dituduh di mahkamah esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada pejabat peguam negara dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini turut disambung selama satu hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu ditahan Sabtu lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis turut menahan kekasih kepada wanita berkenaan kelmarin dan turut direman tiga hari sehingga esok.

Katanya, teman lelaki suspek juga akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video menunjukkan seorang wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi dengan tampil berpakaian sopan sebelum menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles