fbpx

NGO Malaysia sumbang 80 ekor kambing ibadah korban Yemen

SHAH ALAM – Setelah  lebih tujuh tahun dilanda konflik dan peperangan, rakyat di Yemen terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis kemanusiaan merangkumi krisis kesihatan, keselamatan dan kebuluran sehingga Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan situasi berkenaan sebagai terburuk dalam sejarah kemanusiaan di rantau Arab itu.

SEORANG wanita menerima daging ibadah korban yang disumbangkan rakyat Malaysia.

Menginsafi situasi semasa susulan sambutan Hari Raya Aidiladha, Sekretariat Kemanusiaan Malaysia-Yaman yang menggabungkan beberapa NGO, seperti  daripada SEJAGAT, MAPIM dan SYURA, telah terpanggil untuk memenuhi keperluan saudara Muslim di sana melalui program Kempen Qurban Untuk Kemanusiaan Yaman 2022.

Antara lain, kempen itu bertujuan membekalkan daging untuk ibadah korban dan seterusnya disumbangkan kepada keluarga pelarian dan mangsa-mangsa perang yang berlindung di Kem Pelarian di daerah Aden dan Mukallah, Yemen.

Kempen ini telah bermula pada 1 Jun untuk mengumpulkan dana awam dan berakhir pada 5 Julai 2022.

Ketua program tersebut, Syed Shaikh  Mustaffa As-Seggaf berkata, pada awalnya program  tersebut disasarkan untuk menyumbang sebanyak 80 ekor kambing.

“Namun atas kemurahan hati rakyat Malaysia, Sekretariat kami telah berjaya mengumpulkan sehingga 80 ekor kambing untuk disumbangkan kepada lebih 700 keluarga di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, proses sembelihan kambing tersebut telah dijalankan pada hari raya kedua Aidiladha  di pusat sembelihan dan sejurus itu diedarkan dengan bantuan wakil NGO di sana.

PETUGAS ibdah korban melapah daging kambing yang dianjurkan oleh MAPIM di Yemen baru-baru ini.

Pihak Sekretariat turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan keikhlasan seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kejayaan kempen ini.

“Harapannya agar sumbangan ini dapat memberi harapan serta semangat kepada mangsa-mangsa peperangan di Yemen untuk meneruskan kehidupan mereka dalam situasi yang amat sulit dan menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan mereka,” katanya.

Tambah Syed Shaikh lagi,  pihaknya akan terus berusaha untuk membantu rakyat tertindas di Yaman dengan pelbagai kempen da  siri bantuan kemanusiaan yang telah dirangka pada masa akan datang.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles