fbpx

Rindu Ganda 23? kini di MyFriend FM

Shah Alam – Ganda 23 tagline yang pernah mewarnai industry radio tanah air di Malaysia sekitar tahun 90-an kini DJ Jamal Jamaludin kembali memeriahakan penyiaran radio melalui Radio online, Rock & Retro Terbaik, MyFriend FM. Pada hari rabu dan Khamis 9 malam hingga 1 pagi.

“Yang menariknya, saya buat seperti mana di stesen Sinar FM apabila ada program Cetusan Hati dan Dedikasi,” katanya.

Jamal berkata, selepas tiga tahun ditamatkan perkhidmatan di Sinar FM, dia menerima maklum balas pendengar yang merindui suara dan keletahnya.  

“Mereka minta saya buat benda yang sama dan stesen yang saya bekerja sebelum ini pun bukannya ada hak cipta terhadap nama dan kandungan yang saya tampilkan dalam program itu.

“Benda ini dah lupus, kecuali masih bersiaran tak bolehlah saya buat. Lagu tema program ini pun bukan milik mereka. Saya gembira ditawarkan menyertai Myfriend.FM sejak dua bulan lalu. Ia asalnya nama lain tapi dijenamakan semula dan diberi wajah baharu. Saya jadi pilihan kerana tak terbabit dengan kontroversi dan disukai ramai pendengar,” katanya yang diperkenalkan sebagai ahli keluarga stesen radio ini, malam tadi.

Menurutnya, dia tertarik dengan kejayaan Myfriend.FM yang berjaya menarik 24,000 pendengar dalam tempoh tiga bulan.

“Mereka mengharapkan kehadiran saya mungkin melonjakkan jumlah pendengar kepada 100,000 orang menjelang hujung tahun ini. Saya sebenarnya tidak bergaji dan terima tawaran kerana minat dalam kerjaya ini.

“Namun, gaji saya akan diperoleh menerusi peluang sampingan seperti latihan radio, ‘public speaking’ dan iklan dari penaja yang menggunakan suara saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyFriend FM, Hazril Ibrahim menyifatkan kehadiran Jamal satu ‘sinar pelangi’ buat mereka.

“Pastinya cabaran mengendalikan Radio Online ini amat mencabar dan kerana itu orang yang berpengalaman dalam bidang radio amat diperlukan untuk menjadi pembimbing di MyFriend FM. “Perubahan logo baru juga dilancarkan sekali manakala tarikh 23 Mac dipilih sebagai simbolik kepada Ganda 23 dan juga nombor kegemaran Jamal.

“Perubahan segmen juga akan berlaku mengikut kesesuaian dari pelbagai sudut. Pakej pengiklanan, promosi dan kandungan kreatif juga diperbaharui tapi ia lebih rendah dari harga pasaran bagi memudahkan semua rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan dan mahukan promosi dan penjenamaan berterusan,” katanya. – Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles