fbpx

Harimau Muda bergaya ke final

SKUAD bawah 19 tahun (B-19) negara mengesahkan tempat ke final Piala AFF U-19 2022 apabila menumpaskan Vietnam 3-0 di Stadium Patriot Candrabhaga sebentar tadi.

Adam Farhan Faizal membuka jaringan skuad negara pada minit ke-26 sekali gus menyentap semangat pasukan lawan.

Aksi mereka bertambah sengit dengan menyaksikan kedua-dua pasukan garang dengan saling mengasak ke gawang lawan masing-masing bagi membuka jaringan.

Jelas, pada 10 minit pertama Vietnam dilihat lebih banyak menguasai perlawanan menerusi beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol skuad negara.

Bagaimanapun, benteng skuad negara dilihat mempamerkan aksi mantap dengan mengekang asakan-asakan berkenaan sambil sesekali cuba melakukan serangan balas ke pintu gol Vietnam.

Skuad negara mengatur asakan ke pintu gol Vietnam bagi menambah jaringan dan usaha mereka berhasil apabila Haiqal Hakimi Hairi mudah menolak masuk gol kedua pada minit ke-70 dan menyaksikan skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras itu semakin selesa memimpin perlawanan.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan 2-0, pemain gantian, Danish Irfan muncul wira skuad B-19 negara apabila tenang melepasi kawalan benteng pertahanan Vietnam sebelum merembat leret untuk gol ketiga skuad negara pada minit ke-88 bagi mengesahkan kemaraan ke final kali ini.

Skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu ke pentas final dan bakal berdepan dengan pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Laos dan Thailand.


Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles