fbpx

Mahu pergi umrah, boleh mohon visa hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik kenyataan kementerian itu pada Rabu melaporkan, jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.

Syarat permohonan visa umrah boleh disemak di portal kementerian menerusi pautan https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah.

Bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang ingin memohon lesen perkhidmatan umrah, maklumat lanjut boleh didapati di laman https://umralicense.haj.gov.sa.

Syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian IATA dan dokumen berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pemohon visa juga disyaratkan telah mengambil vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain menpunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakui sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan COVID-19. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles