fbpx

Pesalah seks di Thailand dimandul, elak kes berulang

BANGKOK – Pesalah jenayah berkaitan seks di Thailand berdepan rawatan pemandulan secara suntikan kimia dalam usaha untuk mengurangkan pengulangan jenayah serupa, lapor akhbar Daily Star.

Menteri Kehakiman Thailand, Somsak Thepsuthin berkata, beliau percaya rawatan itu akan mengurangkan angka kesalahan semula secara drastik.

“Saya mahu undang-undang ini diluluskan dengan cepat.

 “Saya tidak mahu melihat berita tentang perkara buruk berlaku kepada wanita lagi,” tegasnya.

Daripada kira-kira 16,000 pesalah seks yang dibebaskan dari penjara Thai antara 2013 hingga 2020, kurang 5,000 daripada mereka kembali melakukan perbuatan sama, demikian menurut angka jabatan pembetulan.

Pengarah Yayasan Gerakan Progresif Wanita dan Lelaki anti-jenayah, Jaded Chouwilai tidak yakin bahawa rawatan kontroversi itu akan menangani jenayah seks.

“Pesalah harus dipulihkan dengan mengubah minda mereka semasa di penjara.

“Menggunakan hukuman seperti hukuman mati atau pemandulan kimia hanya mengukuhkan idea bahawa pesalah tidak mempunyai peluang untuk menjadi seperti orang normal,” ujarnya. 

Teknik pemandulan atau kastrasi kimia adalah prosedur perubatan di mana cecair ‘leuprolide acetate’ disuntik ke dalam aliran darah subjek untuk mengurangkan keinginan seksual.

Rawatan kontroversi itu telah digunakan di beberapa negara termasuk India, Korea Selatan, Australia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles