fbpx

Empat juta rakyat Indonesia berdepan masalah ketidaksuburan

JAKARTA – Sekitar empat juga rakyat Indonesia mengalami masalah tidak subur, lapor laman berita Kompas kelmarin.

Presiden Pengarah Morula IVF Indonesia, Dr. Ivan Rizal Sini berkata 10 peratus daripada 40 juta populasi yang inginkan cahaya mata di Indonesia mengalami masalah ketidaksuburan atau sukar hamil.

“Menerusi bantuan teknologi moden, berbagai masalah ketidaksuburan ini lebih mudah diatasi. Setiap pasangan kena rajin melakukan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak punca yang menyebabkan ketidaksuburan seseorang individu baik lelaki mahupun wanita.

“Punca wanita tidak subur boleh disebabkan oleh saluran falopian yang tersumbat atau ketumbuhan yang berada di dalam rahim.

“Sementara itu, bagi lelaki pula, ia didorong kuantiti sel sperma yang rendah dan gaya hidup tidak sihat seperti mero­kok dan tabiat minum minuman keras,” katanya. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles