fbpx

Akibat diburu, beruang serang pasangan warga emas hingga cedera parah

TOKYO – Sepasang warga emas cedera parah di kepala dan lengan selepas diserang seekor beruang coklat yang besar di Jepun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri tersebut sedang bekerja di sebuah ladang, dekat dengan rumah mereka di bandar Matsumae, Hokkaido.

Pasangan itu masing-masing berusia 78 dan 81 tahun. 

Menurut polis, beruang tersebut menyerang mangsa wanita terlebih dahulu sebelum suaminya cuba melindunginya turut diserang. 

Sebelum ini, penduduk tempatan di kawasan itu telah diberi amaran supaya sentiasa berwaspada susulan kegiatan pemburuan beruang yang dilakukan ahli sebuah kelab tempatan.

Walaupun beruang coklat pada asalnya tidak menyerang manusia, ia boleh menjadi ancaman besar kerana sering menggunakan kekuatannya untuk mengangkat sesuatu dan menyerang mangsa dengan gigitannya dikatakan boleh menghancurkan tengkorak manusia. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles