fbpx

Kontrak perkahwinan ‘hanya satu piza sebulan’ tarik perhatian netizen

NEW DELHI – Pasangan Shanti Prasad, 24, dan Mintu Rai, 25, yang menandatangani sebuah ‘kontrak tidak terikat’ ketika upacara perkahwinan mereka di Guwahati, negeri Assam di India tular di media sosial.

Syarat utama dalam kandungan perjanjian iaitu ‘hanya satu piza sebulan’ membuatkan ia mendapat perhatian ramai.

Prasad merupakan seorang penggemar makanan berasal dari Itali tersebut.

Rakaman video berdurasi 16 saat itu telah ditonton lebih 45 juta kali sejak dimuat naik di Instagram pada 22 Jun lalu.

Selain itu, terdapat beberapa syarat lain seperti Rai perlu menyediakan sarapan pagi pada setiap hari Ahad, membawa isteri keluar membeli-belah setiap tempoh 15 hari dan hanya boleh menghadiri mana-mana parti jika ditemani Prasad.

Syarat yang dipersetujui Prasad pula adalah pergi ke gimnasium dan memakai sari pada setiap hari.

Bagi mengelakkan mereka melanggar syarat yang ditetapkan, pasangan tersebut turut menggantung kontrak tersebut pada dinding rumah mereka. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles