fbpx

Berang enggan hisap kemaluan, pelajar lelaki cederakan rakan

SUNGAI PETANI – Gara-gara kemahuan untuk melakukan amang seksual tidak dituruti, seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan rakan sepermainan yang berusia 11 tahun di Gurun, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin, pipi kanan mangsa yang juga murid lelaki sebuah sekolah lebam akibat ditampar dan dipukul suspek. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berumur 13 tahun sebelum itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa rakannya itu ke rumahnya dan mengarahkan mangsa sekali lagi menghisap kemaluannya namun arahan itu enggan diikuti mangsa,” dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Zaidy, suspek turut mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

Jelasnya, bapa mangsa telah membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun sebelum suspek ditahan di rumahnya pada hari yang sama.

“Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles