fbpx

Kosmik, galaksi baharu ditemui bersebelahan Bima Sakti

WASHINGTON – Ahli astronomi sedang rancak mengkaji galaksi bersebelahan dengan Bima Sakti yang dipanggil kosmik ‘jarum dalam timbunan jerami’.

Galaksi tersebut adalah sebuah lubang hitam yang tidak aktif dan terbentuk tanpa letupan bintang yang mati.

Penyelidik semalam berkata, lubang hitam itu berbeza daripada semua lubang hitam lain kerana ‘senyap sinar-X’ iaitu tidak memancarkan sinaran sinar-X yang kuat.

Ia juga menunjukkan tidak menelan bahan berdekatan dengan tarikan graviti yang kuat dan tidak terbentuk ketika letupan bintang yang dipanggil supernova.

Lubang hitam adalah objek luar biasa padat dengan graviti sangat kuat sehingga tiada cahaya tembus.

Lubang hitam yang dikaji ini mempunyai jisim sekurang-kurangnya sembilan kali lebih besar daripada matahari dan dikesan di rantau Tarantula Nebula di galaksi Awan Magellan Besar, yang terletak kira-kira 160,000 tahun cahaya dari Bumi.

Tahun cahaya ialah jarak perjalanan cahaya dalam setahun, iaitu 5.9 trilion batu (9.5 trilion km).

Penyelidik percaya bintang pendamping akhirnya juga akan menjadi lubang hitam dan boleh bergabung dengan yang lain.

Lubang hitam yang tidak aktif, yang dianggap agak biasa, sukar dikesan kerana ia sangat sedikit berinteraksi dengan persekitaran mereka.

“Cabarannya ialah mencari objek itu. Kami mengenal pasti jarum dalam timbunan jerami,” kata Tomer Shenar, seorang penyelidik dalam astronomi di Universiti Amsterdam yang juga pengarang utama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Astronomy.

“Ia adalah objek pertama seumpamanya ditemui selepas ahli astronomi telah mencari selama beberapa dekad,” kata ahli astronomi dan pengarang bersama kajian, Kareem El-Badry dari Pusat Astrofizik Harvard & Smithsonian.

Penyelidik menggunakan pemerhatian selama enam tahun dari Teleskop Sangat Besar Chile yang berpangkalan di Balai Cerap Selatan Eropah. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles