fbpx

Lelaki hina Islam direman 4 hari

KUALA KRAI – Lelaki yang ditahan kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad yang tular di media sosial baru-baru ini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias terhadap lelaki berusia 35 tahun sehingga Jumaat ini.

Kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun semalam dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.15 pagi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

Katanya, suspek yang tidak bekerja, ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, jam 11.30 pagi semalam.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles