Sebab sejam sahaja tiket habis, konsert khas Dewa 19 ditambah satu malam lagi

KUALA LUMPUR: Penangan Konsert 30 Years of Dewa 19 ternyata bukan calang-calang apabila tiketnya ‘licin’ dalam tempoh sejam selepas jualan dibuka kelmarin membuatkan ramai peminatnya di negara ini meluahkan rasa kecewa.

Menyedari perkara tersebut, Konsert 30 Years of Dewa 19 ditambah satu malam lagi, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh 10 September yang diumumkan, iaitu pada Jumaat, 9 September depan di lokasi sama, Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) rasmi Dewa 19 iaitu @officialdewa19, awal pagi tadi, vokalis dan gitaris utama kumpulan itu, Ahmad Dhani berkata, tiket untuk menyaksikan konsert malam pertama itu dijual mulai jam 3 petang, hari ini, melalui ticket2u.com.my.

“Gokil Malaysia!

“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.

“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama,” katanya dalam hantaran tersebut.

Ahmad Dhani turut meningatkan para peminatnya agar tidak terlewat lagi membeli tiket tersebut kerana Malaysia adalah satu-satunya lokasi kumpulan tersebut muncul dengan dua konsert khas.

Semalam, tiket untuk menyaksikan Konsert 30 Years of Dewa 19 pada Sabtu, 10 September depan habis terjual dalam tempoh sejam selepas talian dibuka pada jam 11 pagi.

Kali terakhir Dewa 19 mementaskan konsert adalah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019, namun, tanpa kehadiran Ahmad Dhani.

Melancarkan siri jelajah menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan band itu, Dewa 19 sudah memulakan siri konsert di Indonesia dan menjadikan Kuala Lumpur antara destinasi persinggahan.

Dewa 19 turut melakar sejarah apabila buat kali pertama menghimpunkan empat vokalis handalan atas satu pentas iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan terkini, Ello.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles