fbpx

Tular lelaki maut tersepit tayar belakang Perodua Myvi

SEGAMAT – Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah – Muar di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dengan sebuah kereta Perodua Myvi dan gambar mangsa turut tular di media sosial.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari bahu jalan dan memasuki laluan kereta yang dari arah Jementah menuju ke Segamat.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat penunggang motosikal gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian tepi belakang kiri kereta yang kemudiannya terjatuh dan mangsa diseret oleh kereta terbabit.

“Penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Jementah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Fuad Mohamad berkata, sembilan anggota bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Katanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan lelaki berusia 47 tahun itu yang tersepit di bahagian tayar belakang kereta.

Fuad berkata, pemandu kereta Myvi itu iaitu seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun didapati tidak mengalami barang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 2.57 petang. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles