fbpx

Objek seperti spageti di Marikh

WASHINGTON – Imej ganjil terbaharu yang dipancarkan dari Marikh baru-baru ini menunjukkan objek pelik dan berselirat berada di permukaan debu.

Jika dilihat sekali imbas, ia kemungkinan sejenis makhluk laut sedikit tali atau spageti yang telah dibuang di bumi.

Objek itu telah dirakamkan oleh kenderaan penjelajah Perseverance milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Kenderaan itu sudah berada di planet tersebut sejak tahun lalu.

Namun, menurut portal Metro.co,uk, tekaan terbaik daripada pakar adalah bahawa ia sebenarnya adalah serpihan dari pendaratan kenderaan penjelajah Perseverence.

Gambar spageti itu dirakamkan di kawasan di hadapan kenderaan tersebut dengan menggunakan kamera.

NASA menyatakan gambar itu diperoleh pada 12 Julai 2022. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles