fbpx

Kepupusan penyu belimbing punca ubur-ubur api biru naik ke darat

KUALA NERUS – Kepupusan penyu belimbing dikenal pasti antara penyumbang utama banyak pendaratan ubur-ubur spesies ubur-ubur api berwarna biru di perairan negara sejak akhir-akhir ini.

Kurator Kanan Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan, Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azwarina Mohd Azmi Ramasamy berkata, penyu jenis itu merupakan pemangsa utama ubur-ubur berkenaan yang dikenali juga sebagai Portuguese man o’war.

“Perubahan klimaks dan pemanasan global terutama pemanasan air di laut menyebabkan ubur-ubur ini semakin membiak dengan aktif. Selepas membiak, ia akan hanyut dibawa arus dari Laut China Selatan dan terdampar di pantai.

“Oleh kerana pemangsa utama iaitu penyu belimbing sudah pupus, situasi ini memberi satu rantaian tidak stabil kepada ekosistem kita iaitu jumlah ubur-ubur ini tidak berkurangan, sebaliknya semakin banyak kerana tidak dimakan penyu.

“Tambahan pula ubur-ubur api warna biru adalah salah satu spesies yang membahayakan, jadi ia boleh menjadi faktor kepada gangguan dan ancaman keselamatan kepada komuniti pantai pula,” dipetik daripada Sinar Harian hari ini.

Azwarina berkata, kemuncak waktu pendaratan ubur-ubur api adalah sekitar Januari hingga Februari dan pihaknya mendapati berlaku peningkatan begitu ketara jumlah ubur-ubur di perairan negara sejak kebelakangan ini.

Jelas Azwarina, dianggarkan 150 hingga 400 ekor ubur-ubur api berjaya dikutip di sekitar perairan Terengganu pada setiap hari ketika tiba musim kemuncaknya dan data itu direkodkan hasil kajian pihaknya serta penyelidik UMT.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles