fbpx

Bekalan elektrik terputus pengguna desak TNB beri diskaun

SHAH ALAM – Beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bergelap berikutan bekalan elektrik terputus sehingga mengakibatkan banyak aktiviti komersial terganggu.

Sejumlah pengguna laman sosial menggunakan laman sosial masing-masing untuk mengemas kini Kawasan masing-masing termasuk dari kawasan  Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan pusat bandar raya Kuala Lumpur.

KEADAAN semasa di pusat beli belah KLCC.

Turut mengalami gangguan bekalan elektrik ialah di Alor Setar, Sungai Petani,  Nilai, Seremban, Kuantan dan Pekan.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Azman Ibrahim memuat naik pejabat editorial Utusan bergelap manakala pengguna yang menggunakan nama Lukman mahu Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bertanggung jawab dengan memberi diskaun akibat kerugian susulan gangguan terhadap aktiviti komersial.

SEORANG pengguna Facebook memuat naik gambar bilik editorial Utusan yang bergelap. – Gambar milik Azman Ibrahim

“TNB tak kan minta maaf je. Kasilah diskaun elektrik bulan ni,” katanya.

Sementara itu, menerusi akaun TNB Careline di Facebook, konglomerat tenaga itu mengesahkan gangguan bekalan elektrik dan memaklumkan pasukan teknikal TNB sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” menurut hantaran itu.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles