fbpx

Lelaki maut dibelit ular kesayangan

HARRISBURG– Ular peliharaan membelit leher tuannya hingga lelaki itu maut di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Belitan ular sepanjang  5.48 meter (18 kaki) itu mengakibatkan Elliot Senseman, 27, mati ketika dirawat di Hospital Lehigh Valley kira-kira pukul 8.11 pagi (waktu tempatan), kata Koroner Daerah Lehigh, Daniel A. Buglio dalam satu kenyataan.

Punca kematian adalah kecederaan pada otak akibat kurang oksigen semasa dibelit.

“Seekor ular sawa boa constrictor dengan saiz kira-kira 5.48 meter  melilit leher mangsa, yang  mengakibatkan kecederaan  otak.

Dalam insiden  pada minggu lalu itu, anggota polis Perbandaran Upper Macungie dikejarkan ke perkampungan Fogelsville sejurus menerima panggilan kecemasan. Setibanya di lokasi kejadian, anggota-anggota polis menemui seorang lelaki  terbaring di lantai, manakala seekor ular melilit lehernya.

 “Disebabkan saiz reptilia itu  amat besar, salah anggota kami  terpaksa menembak kepala ular tersebut tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa,” demikian menurut laporan polis.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu laman berita The Daily Beast bahawa mangsa mula membela  ular sejak berusia 10 tahun selain mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan reptilia itu. – Agensi 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles