fbpx

Tipu cukai: Penyanyi popular Shakira berdepan hukuman penjara

ANKARA – Pendakwa raya Sepanyol hari ini akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.

Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu lalu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.

Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai 14.5 juta euro (RM65.4 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.

Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir 24 juta euro (RM109 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu ‘Waka Waka (This Time for Africa)’. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles