fbpx

Tunku Temenggong Johor kongsi video, gambar kereta digeser pemandu BMW

JOHOR BAHRU – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi insiden kereta Honda miliknya digeser sebuah BMW ketika diletakkan di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini, hari ini.

Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya.

Tunku Idris turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu yang berlaku pada jam 2.17 petang.

Kejadian berlaku ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak meletakkan kereta di tempat letak kereta yang kosong namun terlanggar kereta Tunku Idris.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kereta Tunku Idris bergoyang ketika dilanggar pemandu berkenaan.

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi tanpa melihat sama ada berlaku kerosakan atau tidak pada kereta Tunku Idris.

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris adalah kereta elektrik buatan Honda iaitu Honda e, yang menggunakan 100 peratus elektrik dan tidak mempunyai enjin.

“Perangai,” komen ringkas Tunku Idris berhubungan kejadian berkenaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles