fbpx

Lapan ditahan terima rasuah proses kuota pekerja asing

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat teknologi maklumat antara lapan individu ditahan disyaki menerima rasuah bagi membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing.

Kesemua mereka dikatakan menerima rasuah antara RM800 hingga RM1,500 seorang.

Bagaimanapun, hanya enam suspek, termasuk dua wanita, ditahan reman tiga hari bermula hari ini hingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan, manakala dua lagi suspek dilepaskan dengan jaminan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin menetapkan perintah reman berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan berkenaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Berita Harian melaporkan, syarikat teknologi maklumat itu dipercayai menyediakan platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik oleh kerajaan dan sehingga kini, sudah memproses sejumlah 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai lalu.

Sumber berkata, semua lapan suspek termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan itu ditahan malam tadi, ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Katanya, dua suspek wanita yang direman itu, masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an, bekerja di syarikat agensi pekerjaan, manakala dua lagi suspek lelaki berusia antara 50-an dan 60-an adalah pemilik syarikat agensi pekerjaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles