fbpx

Malaysia hasilkan 38,000 tan metrik sisa pepejal sehari

KUALA LUMPUR – Malaysia menghasilkan hampir 38,000 tan metrik sisa pepejal sehari dan 45 peratus daripadanya sisa makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu Datuk Seri Reezal Merican Naina Meerican berkata, keadaan itu menjadi cabaran utama kementeriannya, terutama dalam isu rawatan sisa pepejal.

“Saya rasa inisiatif pernah dibuat kerajaan terdahulu iaitu ‘food security’ ketika itu oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail boleh digunakan untuk kerjasama rentas bagi mengurangkan sisa makanan.

“Ia sekali gus menjadikan pengurusan sisa pepejal diuruskan secara lestari,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai usahasama mewujudkan teknologi pengkomposan bagi mengelak isu pembaziran pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan asal, Reezal Merican berkata, kementeriannya pada peringkat akhir mengemuka dasar dan hala tuju baharu pengurusan sisa pepejal negara dengan visi yang jelas.

Beliau berkata, ia bagi mempercepat peralihan daripada konsep pengurusan sisa pepejal secara ekonomi linear kepada ekonomi kitaran, seperti digariskan dalam Bab 8 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Katanya, pelaksanaan ekonomi kitaran itu berupaya meningkatkan nilai keseluruhan rantaian pengurusan sisa pepejal, termasuk sisa makanan yang akan mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles