fbpx

Nurul Izzah kembali bergelar isteri

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwarselamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, kelmarin.

Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Ahli Parlimen Permatang Pauh mengumumkan perkahwinan menerusi kenyataan media yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam kelmarin.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.

Majlis pernikahan antara Nurul Izzah, 42 dan suaminya, Yin Shao Loong, 46, hanya dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat dipercayai diadakan di kediaman Anwar di Sungai Long, Kajang.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.

Mereka dikurniakan dua orang anak, masing-masing berusia 15 tahun dan 13 tahun.

Ssebelum ini Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles