fbpx

Influencer popular mati tak tahan dibuli

SUBANG JAYA – Dipercayai tertekan menerima komen negatif di laman sosialnya, seorang pemilik akaun TikTok popular meninggal dunia kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Shashikala Nagarajah dilaporkan ‘dibuli secara siber’ berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya di media sosial TikTok.

Mangsa yang mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh ahli keluarga sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata pihaknya menerima panggilan daripada keluarga berhubung keadaan mangsa pada jam 11.51 pagi Sabtu lalu.

“Ketika ditemui di rumah, mangsa masih bernafas tetapi meninggal ketika dalam perjalanan,” katanya hari ini.

Abd Khalid berkata, mangsa yang berusia 44 tahun tinggal bersama suami dan anaknya di kediaman mereka di USJ 11.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian dan fizikal si mati, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles