fbpx

Erling Haaland senjata ampuh The Citizens

PENYERANG baharu Manchester City, Erling Haaland menjadi sandaran Pengurus, Pep Guardiola yang mahu pemain itu mempamerkan aksi mantap sekali gus meledak gol pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth di Stadium Etihad malam ini.

Sebelum ini, penyerang antarabangsa Norway itu meledak dua jaringan ketika menewaskan West Ham pada aksi pembukaan minggu lalu.

“Haaland telah menjaringkan dua gol pada aksi pertama lalu dan sudah tentu dia akan menjadi sandaran utama kami untuk merobek gawang Bournemouth nanti.

“Dia memberikan dimensi berbeza di posisi serangan khususnya dari segi penyudah. Namun, masih ada beberapa kelemahan yang saya mahu Haaland dan pemain-pemain perbaiki.

“Antaranya, membuka lebih banyak ruang dan peluang buat Haaland kerana kalau boleh, saya mahu setiap serangan membuahkan gol. Apa yang pasti, saya akui kehadiran Haaland melengkapkan jentera serangan kami yang agak tidak bermaya musim lepas,” katanya.

Sementara itu, Haaland yang berhijrah daripada kelab Borussia Dortmund mengakui tidak sabar untuk meneruskan sentuhan jaringan selain berharap untuk memastikan pasukan dapat melakar kemenangan kedua berturut-turut.

“Sudah tentu saya sangat te­ruja dapat membantu pasukan pada perlawanan lepas tetapi ia sudah menjadi sejarah. Saya terus fokus untuk mencetak nama selaku penjaring pada perlawanan seterusnya dan bekerja keras pada sesi latihan,” katanya. – AGENSI

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles