NEW YORK – Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam seorang lelaki di atas pentas dalam sebuah acara di Institut Chautauqua, New York, semalam.
Menurut Polis New York, suspek berkenaan meluru ke atas pentas dan menyerang Rushdie serta seorang lagi individu menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian leher dan perut.
Sebilangan orang bergegas ke pentas dan menangkap suspek, sebelum seorang anggota tentera yang hadir pada acara itu menahannya.
Suspek dikenali sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey.
Bagaimanapun, motif serangan masih tidak jelas.
Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter sejurus serangan yang berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), kata Mejar Eugene Staniszewski dari polis negeri New York kepada wartawan.
Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci al-Quran.
Buku kontroversi itu telah diharamkan di beberapa buah negara, termasuk fatwa hukuman bunuh terhadapnya turut dikeluarkan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini pada 1998. – AFP