fbpx

Tiada lagi bedak bayi talkum, Johnson & Johnson hentikan jualan

NEW YORK – Syarikat Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan syarikat berkenaan kelmarin, selepas lebih dua tahun menamatkan penjualan produk itu di Amerika Syarikat (AS) yang mengundang ribuan saman berhubung keselamatan pengguna.

Pada 2020, Johnson & Johnson mengumumkan akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum di AS dan Kanada kerana permintaan merosot.

Ia berikutan ‘maklumat salah mengenai keselamatan produk ketika banyak saman mengenainya’.

Syarikat itu berdepan kira-kira 38,000 tindakan saman daripada pengguna susulan dakwaan produk talkumnya menyebabkan barah akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis karsinogen yang diketahui.

Syarikat itu menafikan dakwaan terbabit, mengatakan ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad menunjukkan talkumnya selamat dan bebas asbestos.

Satu siasatan Reuters pada 2018 mendapati, syarikat J&J selama beberapa dekad tahu bahawa asbestos terdapat di dalam produk talkumnya.

Rekod dalaman syarikat, keterangan percubaan dan bukti lain menunjukkan sekurang-kurangnya sejak 1971 hingga awal 2000-an, talkum mentah dan bedak siap syarikat itu kadangkala diuji positif bagi sejumlah kecil asbestos.

Dalam reaksinya terhadap bukti pencemaran asbestos yang dibentangkan dalam laporan media di bilik mahkamah dan di Capitol Hill, J&J berulang kali menegaskan produk talkumnya selamat dan tidak menyebabkan barah.

Dijual sejak 1894, Bedak Bayi Johnson’s menjadi simbol imej mesra keluarga syarikat terbabit. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles