fbpx

Lima lelaki serang pusat tahfiz, tak puas hati bayaran harga makanan

LIPIS – Gara-gara tidak puas hati berhubung pembayaran harga makanan di sebuah pusat tahfiz di sini, lima lelaki menyerang seorang guru dan pelajar tahfiz itu petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, seorang ustaz yang ditugaskan menjaga pusat terbabit, Zulhafiz Mohd. Rasid cedera di mata kanan, tangan dan lebam di badan menerima empat jahitan manakala seorang pelajar yang diserang juga cedera. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kelima-lima suspek ke pusat tahfiz itu dengan menaiki kederaan pacuan empat roda jenis Isuzu dan tiga orang daripadanya turun menyerang dua mangsa tersebut.

“Punca serangan dipercayai berpunca bapa saudara kepada seorang pelajar tahfiz bertindak menyerang mangsa berikutan tidak berpuas hati dengan pembayaran makanan di pusat tahfiz ini.

“Berasaskan siasatan, dua suspek ditahan dalam serbuan di kawasan Damak, Jerantut serta ditahan reman empat hari sehingga 12 ogos ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, kedua-dua suspek yang diberkas itu berusia 30-an dan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.

“Dalam ujian awal, kedua-dua suspek yang diberkas positif dadah jenis methamphetamin dan ditahan di Balai Polis Kuala Lipis selain disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, polis juga sudah mengenal pasti tiga suspek berkenaan yang masih bebas itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 kanun sama kerana menceroboh kawasan serta turut disiasat di bawah Seksyen, 15 (1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles