fbpx

Singapura pilihan rakyat Malaysia bekerja, gaji lebih lumayan

SINGAPURA – Rakyat Malaysia memilih Singapura sebagai destinasi pekerjaan kerana tawaran gaji lumayan dan lokasi yang hampir dengan Malaysia.

Selain itu, nilai mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.

Difahamkan, lebih separuh golongan pekerja dari Malaysia berkhidmat dalam bidang profesional dan yang lain bekerja dalam sektor perkhidmatan, lapor Channel News Asia.

Bagi Dr. Khoo Yong Khean, 39, yang merupakan seorang pegawai saintifik di Sekolah Perubatan DUKE-NUS, dia sanggup meninggalkan perkhidmatan awam di Malaysia dan memilih bekerja di Singapura.

“Saya mahu belajar dan meneroka perkara tentang penjagaan kesihatan.

“Singapura adalah hab penjagaan kesihatan utama di rantau ini. Ia berkait rapat dan mudah menyesuaikan diri dari aspek budaya serta dekat dengan rumah,” katanya yang merantau ke negara Republik itu pada tahun 2017.

Seorang jururawat, Jamunah Arumugham berkata, pada mulanya, dia hanya ingin menimba pengalaman kerja di Singapura, namun disebabkan peningkatan imbuhan yang diterima dia mampu menyelesaikan pinjaman pelajaran serta meringankan beban kewangan keluarga.

Jelasnya, semasa bekerja di Hospital Universiti Nasional Singapura, dia memperoleh pendapatan sekitar 2,500 dolar Singapura (RM7,927) sebulan, lebih lima kali ganda daripada gaji yang pernah diterima sebagai jururawat muda di Melaka sebanyak RM1,500.

Arumugham, 35, kini tinggal bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun di Johor Bahru dan berulang-alik merentas sempadan untuk bekerja.

“Saya mempunyai banyak komitmen kewangan pada masa ini seperti pinjaman rumah, kereta dan menyara keluarga. Amat sukar untuk saya berhenti kerja dan pulang bekerja di Malaysia,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles