fbpx

Kanak-kanak maut dipercayai didera, polis tahan pengasuh

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima maklumat berkenaan pada jam 12.01 tengah hari dan apabila tiba mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.

“Kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi.

“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Susulan itu, beliau berkata, polis menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan,” katanya suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles